TAMBUNAN AGRO BIO ENTERPRISE (F 683805)

TAMBUNAN AGRO BIO ENTERPRISE (F 683805)
W.D.T. 30, ST. THERESA TONDULU
89657 TAMBUNAN,
SABAH.


Email : tambunan_agro@yahoo.com.my
Website : http://
tambunanagrobio.blogspot.com

HP : 016 8976380 @ 019 5396280
~KOMISEN LUMAYAN UNTUK EJEN & STOKIS DI SELURUH SABAH, SARAWAK DAN BRUNAI. SESIAPA YANG BERMINAT SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK PENGURUSAN TAMBUNAN AGRO BIO ENTERPRISE~

Tuesday, April 13, 2010

PENGENALAN

Salam tani dan salam sejahtera. Kepada para peladang dan petani yang mencari sesuatu yang amat diperlukan dalam usaha untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil dan sesuatu yang boleh mengawal kesihatan dan ketahanan tanaman dari mahkluk / serangga perosak.Ia juga memberi manafaat yang kukuh dan berterusan secara menyeluruh kepada petani dan peladang dalam mengurangkan atau menggantikan penggunaan baja NPK yang pastinya menjejaskan ekosistem pertanian dalam jangka masa panjang dan melibatkan kos pengoperasian dan selenggaraan pertanian yang tinggi. Fomulasi unggul Baja Bio-Organik yang dapat menggantikan baja kimia NPK.

Tambunan Agro Bio Enterprise merupakan sebuah syarikat kerjasama dengan Bon1 Enterprise, Kg. Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam industri pengeluaran baja organik yang diberi nama BON1 (Baja Organik Nombor 1). Baja BON1 adalah Baja Organik yang dihasilkan oleh Cacing Harimau melalui proses Teknologi Vermikultur untuk menghasilkan (Baja) Vermikompos yang bermutu tinggi.

Memandangkan industri ini belum berkembang pesat di negeri Sabah, justeru syarikat ini ditubuhkan bagi menyahut cabaran terhadap permintaan baja organik khususnya baja organik berasaskan cacing menerusi proses Teknologi Vermikultur.

VERMIKOMPOS

Vermikompos adalah baja yang terhasil daripada pemeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi tinja cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang reput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Vermikompos juga mengandungi pelbagai unsur nutrien yg sangat sesuai untuk tanaman. Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.




KEBAIKAN BIO ORGANIK

Kebaikan Biologikal

Pencergas penumbuhan akar, dengan kehadiran bahan-bahan organik yang bertindak sebagai hormon, enzim dan makanan segera semulajadi.
Sumber makanan kepada mikrob tanah seperti bakteria pengikat N, bakteria pelarut posforus.





Kebaikan Kimia

* Chelating Agen (dalam tanah berkeadaan Asid dan Alkali).
* Anion-anion yang ada dalam cecair vermikompos boleh menghuraikan kation untuk menjadi pemakanan pada pokok.
* Meningkatkan kebolehan ‘buffering’ dalam tanah.
* Boleh meningkatkan kandungan nutrien.

Kebaikan Fizikal

* Sumber makanan kepada mikrob tanah seperti bakteria pengikat N, bakteria pelarut posforus.
* Tanah gembur.
* Membina pertumbuhan batang yang keras dan kuat, daun yang tebal serta akar yang cergas dan kukuh, yang boleh mengawal kesan angin, banjir dan serangan kulat.
* Membekalkan makanan kepada mikrob tanah dan udara
* Membaikpulih tanah (pH tanah dan membaiki sifat fizikal tanah)

Ekonomi

* Menjimatkan kos penjagaan dan rawatan tanaman pada kadar minimum 50%.
* Menjimatkan kos pembajaan sehingga 70%.
* Mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak dan racun kulat sehingga 60%.
* Mengurangkan penggunaan baja NPK biasa sehingga 75%.
* Dapat merawat dan memulihkan penyakit kenker (cerana batang) pada pokok durian, nangka, cempedak, limau dan mangga.

PRODUK

Bon-I Vermikompos 1 Kg
Bon-I Vermikompos Cecair 1 Liter, 4 Liter dan 5 Liter.
Bon-I merupakan  jenama baja yang mempunyai unsur mikrob pengaktif atau pengalak bakteria. Ia diperbuat dari bahan semulajadi (100% pure organik) yang diproses secara penguraian mikroorganisma.

ANALISIS DATA VERMIKOMPOS

NO. Elemen Baja Organik Analisis
1 Nitrogen (as N) : %wt 0.96
2 Pottasium (as K2O) : %wt 0.53
3 Total Magnesium (as MgO) : %wt 0.4
4 Zinc (as Zn) : mg/kg 31
5 Manganese (as Mn) : mg/kg 197
6 Boron (as B) : mg/kg 18
7 Copper (as Cu) : mg/kg 37
8 Total Iron (as Fe) : %wt 0.12
9 Calcium (as CaO) : %wt 1.06
10 Phosphorus (as P205) : %wt 0.77
11 Liquid PH 7.8 - 8.2

****Analisis Kerjasama USM & UPM

CARA PENGGUNAAN

Jenis Tanaman :

1) Padi

Jenis Baja : Cecair
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 9liter/ha selepas dibajak

2)Tanaman hiasan dan pokok bunga

Jenis Baja : Cecair & Kompos
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 10-100 gm mengikut saiz tanaman setiap 2-3 minggu

3) Tanaman Jangka Panjang  
(kelapa sawit,getah,durian dll.)

Jenis Baja : Kompos
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 1.5-5.0 kg Setiap 2 bulan sekali/pokok
   
4) Tanaman rumput  

Jenis Baja : Kompos
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 300 gm setiap meter psegi (3-4 minggu sekali)

5) Tanaman Jangka Pendek(Sayuran,jagung dll.)

Jenis Baja : Cecair & Kompos
Kadar Penggunaan(Kuantiti): 50-100gm mengikut saiz (tanaman setiap 2-3 minggu sekali)

JUGA SESUAI DIGUNAKAN UNTUK AKUAKULTUR

* Menghasilkan plankton
* Nyah Bau
* Menghasilkan makanan tambahan kepada ternakan